SILA KLIK

30 March 2009

DAULAT TUANKU

KESETIAAN DIJUNJUNG
RAJA DISANJUNG
RAKYAT DIPAYUNG

Hari ni dan esok rakyat Kelantan bercuti menyambut Hari Keputeraan Sultan Kelantan. Selain Sultan Kelantan, ada juga rakyat biasa hamba sahaya yang menyambut harijadi pada 30 Mac. Semoga umur diberkati dan dirahmati oleh Ilahi...

07 March 2009

NATAM

4hb Mac lepas saya ke Beserah Kuantan, ada mesyuarat. Satu malam je, ptg 5hb dah balik. Penat jugak drive non stop sorang2. Hampir 10 tahun tak ke Kuantan banyak perubahan telah berlaku rasanya. Pasti, restoran NATAM di Semambu masih ada. Saya makan di sana tapi tak sempat nasi lemak macam dulu2.

01 March 2009

BELI BELI BELI


Bila ke pasaraya bawa anak tak boleh berjalan menjadi satu hal bagi parent.. Berdukung lama2 penat, tak dukung mana anak boleh jalan sendiri. Mujur ada troli.. selain letak barang2 nak dibeli, boleh juga letak anak hehehe. Kadang2 tu, tak beli apa satu pun. Letak anak je, ramai buat gitu. Oleh itu, pilihlah pasaraya yang ada troli.