SILA KLIK

06 December 2011

SERVIS SA748K

Mencuci kotak rantai dan mengerat rantai yang kendur. Ada tools, just DIY.

05 December 2011

AYAM PENYET KOKLANAS


Terletak di Kok Lanas. Kalu dari KBharu, sebelah kiri sebelum ESSO Kok Lanas.
Resepi Jawa dan Minang. Sesekali singgah ok gak. Kalu tiap hari, x berapa nak boleh. Sorang makan dah RM1+.. Sedap la jugok.. Ada peluang, Insya Allah singgah lagi.

27 November 2011

1MUHARAM BESTDAY


4 tahun mengikut kalendar Masehi. Kalu ikut kalendar Islam, sudah 4 tahun lebih... 27 November @ 17 Zulkaedah

21 November 2011

BADDROL BAKHTIAR GOL EMAS



Temasya sukan SEA kali ke 26 telah diadakan di Jakarta dan Palembang, Indonesia pada 11 -22 November 2011. Cukup dramatik fantastik apabila skuad Harimau Muda berjaya mengalahkan tuan rumah pada perlawanan akhir acara bolasepak melalui tendangan penalti setelah terikat jaringan 1-1 sehingga ke masa tambahan. Kejayaan Indonesia di tangga pertama seakan kurang bermakna disebabkan kegagalan memperolehi emas bolasepak. Malaysia pula seakan juara keseluruhan kerana menang emas bolasepak. Betapa eksekutifnya acara bolasepak...

11 November 2011

ALLAHU AKBAR



HARI KEPUTERAAN SULTAN MUHAMMAD V

09 November 2011

29 October 2011

19 October 2011

LUKA



Luka di jari tak sama dengan luka di hati.
Burung selasih terbang malam, terima kasih wassalam.

10 October 2011

PEMBUAT SAMBAL DAGING



Terletak di Kg Cherang Tendong. Setiap hari, beratus kilogram daging digunakan iaitu daging tempatan dan daging import. Begitu juga dengan santan. Bulan Ramadhan lepas, api dapur tak pernah padam. Permintaan amat tinggi.. Untung?? Tak tanya pulak tu... Nampak bangsal buruk je.. Duit melimpah ruah ni...

23 August 2011

AMALAN2 KELAYAKAN MEMPEROLEHI LAILATUL QADAR

1. Gigih beribadat di siang hari.
2. Tidak banyak tidur di siang hari dan tidak banyak makan ketika berbuka puasa.
3. Melewatkan makan malam hingga ke sahur.
4. Mandi di antara solat Maghrib dan Isyak.
5. Iktikaf.
6. Solat Subuh, Maghrib dan Isyak berjamaah.
7. Qiamullail.
8. Berdoa ketika Lailatul Qadar.
9. Membangunkan ahli keluarga untuk bersolat dan beribadat.
10. Tidak menggauli isteri pada 10 terakhir Ramadhan.
11. Memelihara amalan dan diri.

21 August 2011

RAMADHAN DAY 21

Bermula 10 terakhir PELEPASAN dari api neraka. Inilah masa untuk menggunakan keupayaan semaksima mungkin. Kalau tak ambil peluang ni, teramatlah rugi dan kerugian tak boleh ditebus.

20 August 2011

RAMADHAN DAY 20

Mula posa hari Isnin. Jika ikut formula ulamak, mlm ni Insya Allah LAILATUL QADAR. Jadilah hambaNya yg terpilih dan bertuah menemui Lailatul Qadar thn ni dan thn2 akan datang.

16 August 2011

RAMADHAN DAY 16

Sudah separuh. Tinggal lagi separuh. Terlalu pantas masa berlalu, rasa macam 1 minngu sahaja berpuasa
Puasa bertujuan mendera nafsu. Adakah objektif tercapai kali ni?? Insya Allah ada kemajuan berbanding tahun sudah.
Bila tengok pada Bazar Ramadhan, boleh dikatakan objektif puasa mencapai kegagalan.

05 August 2011

RAMADHAN : DAY 5

Siapa menghadirkan diri di majlis ilmu pd bulan Ramadhan, setiap langkahnya spt 1 thn beribadah dan akan bersama ku di bwh bayangan Arasy pd hari kiamat. - alhadis -

31 July 2011

WELCOME RAMADHAN KARIM

Penantian satu penyeksaan.. Betapa gembiranya pencinta Ramadhan kerana diberi peluang bertemu. Tempoh satu bulan teramat sekejap. Manfaatlah semaksima mampu dengan pertemuan kali ini. Mungkin ianya terakhir..

14 June 2011

NASIHAT IMAM SYAFIE

4 perkara untuk sihat :
- makan daging
- memakai haruman
- kerap mandi
- berpakaian yang diperbuat daripada kapas

4 perkara melemahkan badan :
- terlalu banyak mengadakan hubungan kelamin
- selalu cemas
- banyak minum air ketika makan
- banyak makan bahan yang masam

4 perkara menajamkan mata :
- duduk mengadap kiblat
- bercelak sebelum tidur
- memandang yang hijau
- berpakaian bersih

4 perkara merosakkan mata :
- memandang najis
- melihat orang dibunuh
- melihat kemaluan
- membelakangi kiblat

4 perkara menajamkan fikiran :
- tidak banyak berbual kosong
- rajin bersugi ( gosok gigi )
- bercakap dengan orang soleh
- bergaul dengan ulamak

4 cara tidur :
- Tidur Nabi > terlentang sambil berfikir mengenai kejadian langit dan bumi
- Tidur Ulama dan Ahli Ibadah > mengiring ke kanan memudahkan terjaga utk solat mlm
- Tidur Raja Yg Haloba > mengiring ke kiri utk mencernakan makanan yg byk dimakan
- Tidur Syaitan > memelungkup spt tidurnya ahli neraka