SILA KLIK

18 December 2012

ALFATIHAH

6.45 pagi Abe Ya telah kembali ke rahmatullah.

27 November 2012

26 November 2012

PONDOK TAHFIZ PADANG BONGOR

Hari ni diberi peluang bertemu dengan pengerusi Pondok Tahfiz Padang Bongor, Tanah Merah. Alhamdulillah. Beliau menyatakan hasrat untuk mewujudkan blog bagi pondok tahfiz. Insya Allah amanah ini akan saya laksanakan sedaya upaya sebaik mungkin. Nantikan kemunculan blog Pondok Tahfiz Padang Bongor.

29 September 2012

24 September 2012

15 September 2012

SEJADAH WANGI TURKI

Harumnya bau ros. Itulah kelebihan sejadah wangi dari Turki. Didatangkan pelbagai corak yang cantik dan menarik. Kalau letak dalm bilik, baunya harum semerbak. Boleh dijadikan hadiah perkahwinan, hadiah harijadi, hantaran kahwin, hiasan rumah dan banyak lagi mengikut kreativiti pemilik.
Saya lebih suka menghadiahkan sejadah ini kepada imam di masjid.Teknik mendapatkan pahala cara mudah. Untuk jemaah haji dan umrah amat sesuai bawa sejadah ni. Ia tidak tebal dan juga mudah dibawa serta ringan.

13 August 2012

SEDEKAH

sedekah...
menggandakan rezeki
memanjangkan umur
menyembuhkan penyakit
menghubungkan silaturrahim

14 July 2012

HADIS

Dari Abu Hurairah r.a., berkata bahwa seseorang telah bertanya kepada Nabi saw., “Ya Rasulullah, sedekah yang bagaimanakah yang paling besar pahalanya?” Rasulullah saw. bersabda, “Bersedekah pada waktu sehat, semasa takut miskin, dan sedang berangan-angan menjadi orang yang kaya. Janganlah kamu memperlambatnya sehingga maut tiba..." (HR Bukhari & Muslim)

Share drp fb Shahrina Ahmad Sharkawi

21 June 2012

LIGA SUPER : KL VS KEL ( 19.06.2012 )

Banyak tahun dah tak ke stadium tengok bola. Tiket daripada Mohd Noor Abdul Rahman. Berjaya melepasi halangan, akhirnya menjadi salah seorang penonton yang menyaksikan sepakan penalti Mohammad Ghaddar. KL 0 - 1 KEL

26 April 2012

TAWAKAL

Tawakal... bunyi mcm mudah. kita tawakal sejengkal je. Org dulu2 punya hebat tawakal x terlintas kita punya akal.
Kisah nabi Jarjis ditahan dalam sebuah rumah kepunyaan seorang tua oleh Malik Dardianah tanpa memberi makan dan minum. Oleh kerana tawakal dan bertakwa kpd Allah semata2, maka sebuah katil yang diperbuat drpd kayu yg ada dlm rumah tersebut sanggup menghijau dan berbuah.

Sabda nabi s.a.w :
Jika kamu bertawakal kpd Allah sebenar2 tawakal, nescaya Allah memberi rezeki kpd kamu seperti mana Dia memberi rezeki kpd burung semasa pergi di waktu pagi dalam keadaan lapar dan apabila balik di waktu petang sudah kenyang.

25 April 2012

CDS

Central Depository System (CDS) merupakan akaun elektronik yang dikawal selia oleh Malaysian Central Depository (MCD) atau kini lebih dikenali sebagai Bursa Depository. CDS ini bertindak sebagai wakil kepada pemilik saham yang dimiliki yang sedang di dagangkan di Bursa Malaysia. Akaun ini diperlukan bagi segala urusan transaksi jual beli saham serta rekod pergerakan saham.
Secara ringkasnya, saham yang kamu beli atau langgan akan dikreditkan ke akaun kamu pada tarikh akhir transaksi, dan akan didebitkan ke akaun apabila kamu menjual saham tersebut.
Untuk membuka akaun CDS, kamu perlu pergi ke syarikat broker saham yang berdaftar dengan Bursa Malaysia. Mereka ini juga disebut atau dikenali sebagai Authorized Depository Agent (ADA). Senarai syarikat broker berdaftar yang diiktiraf oleh Bursa Malaysia boleh kamu perolehi disini – Senarai Broker.
Terdapat dua akaun yang disediakan untuk membuka akaun CDS iaitu sama ada secara individu ataupun syarikat. Jika kamu seorang pelabur individu,kamu boleh pergi ke sebuah ADA pilihan dan;
  • Melengkapkan borang Pembukaan Akaun dan dua (2) Contoh Tanda Tangan Kad.
  • Untuk Warganegara Malaysia, dokumen di atas perlu diserahkan bersama dengan dua (2) salinan Kad Pengenalan yang disahkan.
  • Manakala untuk warga asing,  perlu membayar kos Pembukaan Akaun dan menyerahkan dua (2) salinan pasport yang disahkan.
Jika kamu seorang pelabur syarikat, kamu diminta untuk;
  • Melengkapkan borang Pembukaan Akaun dan dua (2) Contoh Tanda Tangan Kad.
  • Menyerahkan dokumen di atas perlu diserahkan bersama dengan dua (2) salinan semua supporting document yang diperlukan (contohnya Certificate of Incorporation, Resolusi Majlis, dll) bersama-sama dengan kos Pembukaan Akaun.

Selepas semua dokumen terbabit diserahkan dan disahkan, syarikat broker saham akan membuka akaun CDS dan memberikan nombor akaun CDS kamu. Kos untuk membuka akaun CDS RM10.  Jika kamu dibantu oleh remisier, pastikan kamu mengambil no telefon remiser terbabit untuk rujukan di masa akan datang.

Kaedah Memohon IPO secara Online Banking

Gambar di bawah ini diambil dari laman web Bursa Malaysia. Sebagaimana dinyatakan dalam gambar, ada 2 cara untuk memohon IPO. Kaedah #1 adalah dengan memohon menggunakan borang pendaftaran melalui syarikat broker, dan kaedah #2 adalah menggunakan melalui ATM. Untuk perbankan online, hal ini sama seperti mana memohon secara ATM.
 

Langkah memohon IPO melalui CIMB Clicks
  1. Login akaun melalui www.cimbclicks.com.my
  2. Pada menu utama, klik pada eIPO dibawah menu Manage My Wealth
  3. Pada menu kiri, klik pada Apply Now
  4. Senarai IPO ditawarkan akan ditunjukkan. Tanda pada  IPO yang diingini dan klik pada butang Apply.
  5. Baca dokumen DECLARATION. Jika aku bersetuju dengannya, tanda  I have read the…. dan klik butang Agree & Submit.
  6. Laman permohonan akan dipaparkan. Masukkan segala maklumat yang diperlukan seperti nombor akaun CDS dan jumlah lot saham yang kamu inginkan dan tekan butang Submit. 1 lot = 100 unit.
  7. Laman Pengesahan akan dipaparkan. Semak segala butiran yang dipaparkan dan tekan butang Submit untuk melengkapkan permohonan.
Langkah memohon IPO melalui Maybank2U
  1. Login akaun melalui www.maybank2u.com.my
  2. Pada header menu, klik pada Investment atau menu Investment di laman utama.
  3. Pada laman All Invesment, klik pada eShare.
  4. Senarai IPO ditawarkan akan ditunjukkan. Tanda pada  IPO yang diingini dan klik pada butang Apply.
  5. Laman permohonan akan dipaparkan. Masukkan segala maklumat yang diperlukan seperti nombor akaun CDS dan jumlah lot saham yang kamu inginkan dan tekan butang Submit. 1 lot = 100 unit.
  6. Laman Pengesahan akan dipaparkan. Semak segala butiran yang dipaparkan dan tekan butang Submit untuk melengkapkan permohonan.