SILA KLIK

06 December 2008

MUSIM BANJIR

Lamanya tak update, 2 minggu agak lama juga. Bukan apa, streamyx ada problem sikit. Bila dah problem, jadi banyak kacau. Puncanya bukan tak bayar bil tapi kabel telefon dicuri orang. Siapa curi saya tak tau.
Dalam tempoh 2 minggu ni banyak perkara telah berlaku. Minggu lepas saya ke Cameron Highlands bawa Salvatore, 2 malam di Equatorial. 2 hari lepas saya ke Gombak ada urusan perlu dibereskan.
Sekarang ni di CC, nak upload foto tak berapa rajin di CC. Tunggu streamyx dah pulih saya upload kat umah...
Hujan??? Memang musim dia kita tak boleh nak kata apa. Harap semua selamat. Selamat Hari Raya Aidiladha, lembu2 kesejukan sedia untuk disembelih.

20 November 2008

PELINCIR PELANCAR



Shell Helix Plus.. Ini barang Belanda mari, ini barang saya beli, ini barang saya isi. Kempen boikot barangan Belanda dah diadakan, saya tetap beli ini barang. Bukan saya minum, kereta saya yang minum.
Dulu harganya RM75, sekarang dah RM80 bila ada perubahan pada bekas. Berwajah baru katakan, harga pun jadi baru. Macam2 kaedah dan teknik digunapakai untuk menambahkan harga di mana kita sebagai pengguna terpaksa membayar kalau nak.