SILA KLIK

01 March 2009

BELI BELI BELI


Bila ke pasaraya bawa anak tak boleh berjalan menjadi satu hal bagi parent.. Berdukung lama2 penat, tak dukung mana anak boleh jalan sendiri. Mujur ada troli.. selain letak barang2 nak dibeli, boleh juga letak anak hehehe. Kadang2 tu, tak beli apa satu pun. Letak anak je, ramai buat gitu. Oleh itu, pilihlah pasaraya yang ada troli.

22 February 2009

KELIWON

Malam Jumaat keliwon amat ditakuti dan digeruni serta menyeramkan bagi mereka yang mengetahui kisahnya.. Sekarang ni di TV3 KELIWON menggantikan NIYANG RAPIK. Mistik dan ramai peminat tonton. Bab hantu2 ni syok tengok sebab kita tak nampak dan tak tahu hakikatnya.
Ramai orang bila tidur bermimpi dikejar hantu, bila terjaga mula berpeluh dan nak dipeluk kalau boleh. Sekali sekala apa salahnya jika bermimpi mengejar hantu, tentu syok dapat tengok hantu takutkan kita. Ini ada susah la sikit, biasanya kita dikejar hantu sampai terkencing.
Hakikat sebenar apabila diketahui, tak akan ada rasa takut pada hantu malah mereka patut takut pada kita. Bunyi macam mudah tapi tak berapa mudah, hanya orang bertuah sahaja dapat nikmat ni...

07 February 2009

CUTI TAHUN BARU CINA







Cuti CNY lepas sahabat saya Mohd Elyas dari Gurun telah melakukan lawatan sosial ke Kota Bharu bersama isteri dan dua orang anak beliau. Bersama famili la ni.. Kesempatan ini diambil untuk kami berjumpa bertemu dan bergambar.

25 January 2009

ASYIKNYAAA


Belek2 tengok2 apa ada dalam ni.. kalu rosak nak try baiki. Anak ayah ni, minat pun tiru ayah jugak. Ke mana kuah kalau tak tumpah ke nasi... Kecil2 memang gitu, dah besar nanti entah apa diminatnya.

14 January 2009

WELL MAINTAINED


Bila ada kereta beginilah rutin, biasanya 3 bulan sekali. Tukar minyak hitam/pelincir, oil filter memang perkara biasa bagi pemilik motokar. Ada juga jenis tak kaba bila patut servis kereta sendiri. Kalau terjadi apa2 bukan orang lain yang susah, kita juga yang tanggung hahaha.

12 January 2009

MD SHAH THE ROCK







5 Disember 2008 telah menemukan saya dengan Md Shah The Rock di rumah beliau di Taman Tasik Tambahan. Dulu lain sekarang ada kelainan, sekarang beliau macam bonzer. Bikin menangis budak2 tengok. Sasa sakan dah beliau loni tapi tetap macam dulu. Untung ada kawan macam beliau ni, berani dan mantap.

10 January 2009

CAMERON HIGHLANDS





26 - 28 November 2008 saya telah ke Cameron Highlands. Secara kebetulan bertemu dengan sahabat sejati di pasar malam Brinchang. Dia orang Pasir Mas juga, segak bergaya n hensem masih belum ada anak. Apakan anak, isteri pun belum lagi. Belum ada jodoh gamaknya.
Bagi peminat GREENPEACE bolehlah berkunjung ke sini. Sejuk nyaman terasa. Insya Allah ada peluang nak gi lagi...

06 December 2008

MUSIM BANJIR

Lamanya tak update, 2 minggu agak lama juga. Bukan apa, streamyx ada problem sikit. Bila dah problem, jadi banyak kacau. Puncanya bukan tak bayar bil tapi kabel telefon dicuri orang. Siapa curi saya tak tau.
Dalam tempoh 2 minggu ni banyak perkara telah berlaku. Minggu lepas saya ke Cameron Highlands bawa Salvatore, 2 malam di Equatorial. 2 hari lepas saya ke Gombak ada urusan perlu dibereskan.
Sekarang ni di CC, nak upload foto tak berapa rajin di CC. Tunggu streamyx dah pulih saya upload kat umah...
Hujan??? Memang musim dia kita tak boleh nak kata apa. Harap semua selamat. Selamat Hari Raya Aidiladha, lembu2 kesejukan sedia untuk disembelih.