SILA KLIK

09 June 2009

CUTI2 MALAYSIA

6, 7 dan 8 Jun saya ke Pahang, konon-kononnya bercuti. 3 hari 2 mlm tak cukup, kena gi lagi lain kali. Tujuan utama saya ke Pahang untuk menghadiri majlis kenduri kahwin sahabat sejati saya di Kg Bintang Temerloh....

09 May 2009

CUTI HARI PEKERJA



1 Mei minggu lepas cuti hari pekerja seluruh Malaysia, ada bercuti ada juga bekerja dan ada juga yang menyambut harijadi. Bukan senang harijadi kita cuti umum, hanya orang2 tertentu sahaja merasa tuahnya.
Sempena cuti 1 Mei, saya mengambil peluang ke Gurun Kedah ke rumah sahabat saya Elyas. Sayang sekali saya tak berkesempatan bergambar di sana. Tasik Banding sempat saya singgah on the way balik, kali ni ada gambar..

23 April 2009

SENYUM SEINDAH SURIA

Hari ni ramai orang senyum memanjang tak kira sakit sihat demam darah tinggi kencing manis lemah jantung buah pinggang dan sewaktu dengannya. Berapa hari senyuman itu boleh bertahan? Seminggu kira dah ok tu, lepas tu balik kepada kering pokai. Biasa la tu bagi kakitangan awam yang mendapat gaji pada hari ini. Tabik spring pada mereka yang berjaya maintain sepanjang bulan tak kering pokai...

21 April 2009

PAKEJ HIDUP SEBELUM MATI

Hidup kita semacam satu pakej dan ada pilihan pakej2. Di dalam pakej itu ada suka duka sedih gembira tawa tangis aman damai bahagia tenang harmoni pujian cacian pujaan hinaan kegagalan kejayaan dan yang sewaktu dengannya. Kita diberi ruang dan peluang untuk memilih pakej2 yang ada. Semoga pilihan kita menepati kehendak hati kita.
Apabila terlalu banyak pakej, kita akan jadi keliru tak menentu halatuju. Bukan senang untuk kita dapat pakej yang betul2 ngam dengan citarasa kita. Sudahkah anda bersedia memilih pakej? Daftarlah dengan Tabung Haji untuk pakej umrah ziarah dan haji.

12 April 2009

TEST DRIVE


Sebelum beli sesuatu barang seeloknya dapat pandu uji terutama sekali kenderaan. Kalau tak test drive, silap2 menyesal. Harga bukannya seratus dua tetapi melibatkan beribu-ribu. Terutama sekali apabila membeli kereta sama ada baru atau pun terpakai. Bagi orang bertuah dan bernasib baik, beli kereta terpakai walaupun usia berbelas tahun masih tip top condition. Bak kata menang membeli menang mengguna pakai.

08 April 2009

SAVE GAZA


Semangat perjuangan rakyat Palestin telah menular ke Malaysia sehingga ke Tanah Merah dan ianya meresap ke dalam jiwa sahabat saya iaitu Tuan Haji Zawawi. Bagi menyokong dan membantu perjuangan rakyat Palestin yang ditindas dizalimi dianiaya oleh Israel Laknatullah, beliau berkesempatan membeli selendang@mafla berharga RM15. Sumbangan RM15 ini nampak kecil tetapi apabila dikumpul kumpul boleh mencecah angka juta sekiranya terdapat muslim mukmin yang prihatin seperti sahabat saya ini. Segaknya Tuan Haji Zawawi memperagakan mafla HAMAS..

30 March 2009

DAULAT TUANKU

KESETIAAN DIJUNJUNG
RAJA DISANJUNG
RAKYAT DIPAYUNG

Hari ni dan esok rakyat Kelantan bercuti menyambut Hari Keputeraan Sultan Kelantan. Selain Sultan Kelantan, ada juga rakyat biasa hamba sahaya yang menyambut harijadi pada 30 Mac. Semoga umur diberkati dan dirahmati oleh Ilahi...

07 March 2009

NATAM

4hb Mac lepas saya ke Beserah Kuantan, ada mesyuarat. Satu malam je, ptg 5hb dah balik. Penat jugak drive non stop sorang2. Hampir 10 tahun tak ke Kuantan banyak perubahan telah berlaku rasanya. Pasti, restoran NATAM di Semambu masih ada. Saya makan di sana tapi tak sempat nasi lemak macam dulu2.