SILA KLIK

10 August 2009

REJAB SYABAN RAMADHAN

Lebih kurang 10 hari lagi umat Islam seluruh dunia akan menempuh Rukun Islam ketiga iaitu PUASA. Bulan pengampunan penuh keberkatan dan rahmat ditunggu serta dinanti oleh setiap mukmin. Ada juga yang takut menghadapi puasa, gastrik dijadikan alasan. Bikin panas ini barang...

Rejab bulan membersih jasad
Syaban bulan membersih hati
Ramadhan bulan membersih ruh

Bersama kita menjayakan penghayatan ketiga-tiga bulan ini..

19 July 2009

MAN UTD VS M'SIA

Kedatangan pasukan Manchester United ke Malaysia amat dinanti dan ditunggu oleh peminat fanatik dan tidak fanatik. Bukan peminat MU pun tumpang sekaki melihat aksi perlawanan persahabatan ini. Tiket habis dijual walaupun harga RM300. Bila dah minat tak kira berapa harga, asal dapat tengok aksi MU di Malaysia.
Amri boleh dikatakan sebagai wira Malaysia apabila menjaringkan 2 gol. Naik nama Amri kali ni, tentu Selangor tak mau jual...

16 June 2009

TORNADO ATTACK


Saya terima emel bergambar mengenai satu kejadian puting beliung telah berlaku di Klebang Melaka.

13 June 2009

JUMPA JUGA



Kesempatan ke majlis kenduri perkahwinan Fuzan saya ambil menemui sahabat di Pahang. Dari Temerloh ke Pekan bukan jarak yang dekat, namun dapat juga saya ejas menemui Khairul dan Azizul...
Khairul aktif bawa budak seluruh Malaysia acara silat, Azizul ligat bisnes bermacam produk hinggakan masuk akhbar dan majalah wajahnya yg hensem hehehe.

10 June 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU


TAHNIAH ZAN! Penantian 33 tahun berakhir dengan penuh meriah dan gilang gemilang. Sama cantik sama padan, segak bergaya pengantin lelaki. Lambat takpa asal selamat dan bahagia berkekalan. Dulu masa bujang orang duk tanya bila nak kahwin, sekarang dah kahwin orang akan tanya bila nak dapat baby, lepas tu orang akan tanya lagi bila nak dapat adik baby. Jangan dilayan sangat soalan2 begini, masanya akan tiba jika ada rezeki. Lambat @ cepat itu hak Dia. Kita terima dengan penuh redha.

09 June 2009

CUTI2 MALAYSIA

6, 7 dan 8 Jun saya ke Pahang, konon-kononnya bercuti. 3 hari 2 mlm tak cukup, kena gi lagi lain kali. Tujuan utama saya ke Pahang untuk menghadiri majlis kenduri kahwin sahabat sejati saya di Kg Bintang Temerloh....

09 May 2009

CUTI HARI PEKERJA



1 Mei minggu lepas cuti hari pekerja seluruh Malaysia, ada bercuti ada juga bekerja dan ada juga yang menyambut harijadi. Bukan senang harijadi kita cuti umum, hanya orang2 tertentu sahaja merasa tuahnya.
Sempena cuti 1 Mei, saya mengambil peluang ke Gurun Kedah ke rumah sahabat saya Elyas. Sayang sekali saya tak berkesempatan bergambar di sana. Tasik Banding sempat saya singgah on the way balik, kali ni ada gambar..

23 April 2009

SENYUM SEINDAH SURIA

Hari ni ramai orang senyum memanjang tak kira sakit sihat demam darah tinggi kencing manis lemah jantung buah pinggang dan sewaktu dengannya. Berapa hari senyuman itu boleh bertahan? Seminggu kira dah ok tu, lepas tu balik kepada kering pokai. Biasa la tu bagi kakitangan awam yang mendapat gaji pada hari ini. Tabik spring pada mereka yang berjaya maintain sepanjang bulan tak kering pokai...