SILA KLIK

30 March 2010

DAULAT TUANKU 2010


Tak berapa suka la sambut 30 Mac kali ni. Bakpo gtu?? Krisis istana tak abis lagi, macam2 versi ada daripada akhbar, blog dan mulut ke mulut. Kita rakyat jelata tak boleh komen lebih2, diam adalah terbaik.
Diucapkan selamat bercuti kepada semua rakyat Kelantan 30 dan 31 Mac. Ada juga dapat cuti peristiwa 1 April, itu tambah syok dapat jalan2 cuti2 Malaysia.

27 March 2010

PT282



Melawat PT282 melihat new born baby, Salwa suka sangat2 dapat tengok baby. Time tengok tak berkata sepatah pun, bila melangkah keluar rumah mula la dia sebut pasal baby. Nama baby? Ame Yusuf bin Ame Muhaimin...

25 March 2010

SUKAN TAHUNAN SKB



Tahun lepas sukan diadakan pada akhir tahun, kali ni awal tahun. Cukup meriah, berwarna warni, hot, hangat dan panas ceng ceng. Brass band dijemput, terasa berada di Scotland. Juga penambah kemeriahan ialah 4 orang tetamu dari Melaka. Ada kelainan nampaknya...

04 January 2010

REUNION PERSAPA



Pada 17 Disember lepas kami sempat mengadakan perjumpaan bertempat di Pintu Geng Kota Bharu. Alhamdulillah walaupun hujan mencurah ramai dapat menghadirkan diri. Bila dah jumpa, 4 jam tak cukup mau lagi ditambah ke 1 hari 1 malam. Insya Allah bisa diatur ini barang.

19 October 2009

SUKAN TAHUNAN 2009


Pada 14 dan 15 Oktober lepas, SKB telah mengadakan sukaneka dan sukan tahunan kali ke 36. Jadi cameraman terpaksa berkorban tak dapat gambar sendiri. Ini gambar nasib baik ada orang tolong ambilkan, sempat juga saya posing...

27 September 2009

AIDILFITRI 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN

Sebulan berpuasa telah berakhir. Namun, bagi mereka yang kasih dan sayang kepada Ramadhan akan sambung puasa 6 di bulan Syawal. Itu antara tanda2 puasa kita diterima olehNya...

20 August 2009

CAT N RAT





Bolehkah kucing dan tikus berkawan baik? Sukar dijawab persoalan ini. Cuba tengok dan perhati gambar2 di atas. Adakah kucing itu berkawan dengan si anak tikus atau pun bila2 masa ingin menerkam dan menelan hidup2?
Sebenarnya kucing ini menemui anak tikus dan dibuat mainan. Bila anak tikus bergerak, dikejar dan ditangkapnya. Bila anak tikus tak bergerak, ditolak2 anak tikus supaya bergerak. Lepas tu, ditangkapnya balik. Kucing ni suka bermain2..

10 August 2009

REJAB SYABAN RAMADHAN

Lebih kurang 10 hari lagi umat Islam seluruh dunia akan menempuh Rukun Islam ketiga iaitu PUASA. Bulan pengampunan penuh keberkatan dan rahmat ditunggu serta dinanti oleh setiap mukmin. Ada juga yang takut menghadapi puasa, gastrik dijadikan alasan. Bikin panas ini barang...

Rejab bulan membersih jasad
Syaban bulan membersih hati
Ramadhan bulan membersih ruh

Bersama kita menjayakan penghayatan ketiga-tiga bulan ini..