SILA KLIK

25 April 2012

CDS

Central Depository System (CDS) merupakan akaun elektronik yang dikawal selia oleh Malaysian Central Depository (MCD) atau kini lebih dikenali sebagai Bursa Depository. CDS ini bertindak sebagai wakil kepada pemilik saham yang dimiliki yang sedang di dagangkan di Bursa Malaysia. Akaun ini diperlukan bagi segala urusan transaksi jual beli saham serta rekod pergerakan saham.
Secara ringkasnya, saham yang kamu beli atau langgan akan dikreditkan ke akaun kamu pada tarikh akhir transaksi, dan akan didebitkan ke akaun apabila kamu menjual saham tersebut.
Untuk membuka akaun CDS, kamu perlu pergi ke syarikat broker saham yang berdaftar dengan Bursa Malaysia. Mereka ini juga disebut atau dikenali sebagai Authorized Depository Agent (ADA). Senarai syarikat broker berdaftar yang diiktiraf oleh Bursa Malaysia boleh kamu perolehi disini – Senarai Broker.
Terdapat dua akaun yang disediakan untuk membuka akaun CDS iaitu sama ada secara individu ataupun syarikat. Jika kamu seorang pelabur individu,kamu boleh pergi ke sebuah ADA pilihan dan;
  • Melengkapkan borang Pembukaan Akaun dan dua (2) Contoh Tanda Tangan Kad.
  • Untuk Warganegara Malaysia, dokumen di atas perlu diserahkan bersama dengan dua (2) salinan Kad Pengenalan yang disahkan.
  • Manakala untuk warga asing,  perlu membayar kos Pembukaan Akaun dan menyerahkan dua (2) salinan pasport yang disahkan.
Jika kamu seorang pelabur syarikat, kamu diminta untuk;
  • Melengkapkan borang Pembukaan Akaun dan dua (2) Contoh Tanda Tangan Kad.
  • Menyerahkan dokumen di atas perlu diserahkan bersama dengan dua (2) salinan semua supporting document yang diperlukan (contohnya Certificate of Incorporation, Resolusi Majlis, dll) bersama-sama dengan kos Pembukaan Akaun.

Selepas semua dokumen terbabit diserahkan dan disahkan, syarikat broker saham akan membuka akaun CDS dan memberikan nombor akaun CDS kamu. Kos untuk membuka akaun CDS RM10.  Jika kamu dibantu oleh remisier, pastikan kamu mengambil no telefon remiser terbabit untuk rujukan di masa akan datang.

Kaedah Memohon IPO secara Online Banking

Gambar di bawah ini diambil dari laman web Bursa Malaysia. Sebagaimana dinyatakan dalam gambar, ada 2 cara untuk memohon IPO. Kaedah #1 adalah dengan memohon menggunakan borang pendaftaran melalui syarikat broker, dan kaedah #2 adalah menggunakan melalui ATM. Untuk perbankan online, hal ini sama seperti mana memohon secara ATM.
 

Langkah memohon IPO melalui CIMB Clicks
  1. Login akaun melalui www.cimbclicks.com.my
  2. Pada menu utama, klik pada eIPO dibawah menu Manage My Wealth
  3. Pada menu kiri, klik pada Apply Now
  4. Senarai IPO ditawarkan akan ditunjukkan. Tanda pada  IPO yang diingini dan klik pada butang Apply.
  5. Baca dokumen DECLARATION. Jika aku bersetuju dengannya, tanda  I have read the…. dan klik butang Agree & Submit.
  6. Laman permohonan akan dipaparkan. Masukkan segala maklumat yang diperlukan seperti nombor akaun CDS dan jumlah lot saham yang kamu inginkan dan tekan butang Submit. 1 lot = 100 unit.
  7. Laman Pengesahan akan dipaparkan. Semak segala butiran yang dipaparkan dan tekan butang Submit untuk melengkapkan permohonan.
Langkah memohon IPO melalui Maybank2U
  1. Login akaun melalui www.maybank2u.com.my
  2. Pada header menu, klik pada Investment atau menu Investment di laman utama.
  3. Pada laman All Invesment, klik pada eShare.
  4. Senarai IPO ditawarkan akan ditunjukkan. Tanda pada  IPO yang diingini dan klik pada butang Apply.
  5. Laman permohonan akan dipaparkan. Masukkan segala maklumat yang diperlukan seperti nombor akaun CDS dan jumlah lot saham yang kamu inginkan dan tekan butang Submit. 1 lot = 100 unit.
  6. Laman Pengesahan akan dipaparkan. Semak segala butiran yang dipaparkan dan tekan butang Submit untuk melengkapkan permohonan.

SAHAM IPO 2

IPO (Initial Public Offering) adalah saham penyenaraian awal yang ditawarkan oleh syarikat yang akan disenaraikan di Bursa Malaysia. Ia biasannya ditawarkan oleh sebuah syarikat yang kecil serta baru yang memerlukan dana tambahan untuk mengembangkan operasi perniagaan. IPO selalunya ditawarkan kepada beberapa golongan, antaranya pelabur institusi (badan-badan pelaburan), pelabur runcit (masyarakat umum), dan pekerja syarikat yang akan disenaraikan sendiri. Bukanlah mereka tidak boleh meminjam wang dari bank tetapi dengan syarat ketat, kadar faedah dan risiko tinggi membuatkan syarikat memilih jalan untuk menjana dana melalui penyenaraian saham.
Sesebuah syarikat yang ingin menyenaraikan saham syarikatnya untuk dijual di pasaran terbuka - Bursa Malaysia (BSKL) perlu mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti (SC) iaitu memenuhi semua syarat yang ditetapkan. SC adalah pihak yang akan menilai samada perniagaan syarikat yang memohon penyenaraian mempunyai prospek perniagaan yang baik ataupun tidak. Manakala BSKL akan mengawasi perjalanan syarikat selepas penyenaraian sama ada syarikat senaraian awam mematuhi peraturan yang ditetapkan. Apabila syarikat telah mendapat kelulusan untuk penyenaraiannya, mereka akan mengiklankan saham-saham mereka untuk dijual diakhbar-akhbar utama. Saham-saham inilah yang dipanggil saham-saham IPO.
Saham-saham tidak dijual satu-satu seperti kamu membeli barangan tetapi dijual secara pukal dipanggil lot. Dalam 1 lot mengandungi 100 unit saham. Jika tawaran satu unit saham adalah RM1, maka 1 lot berharga RM100. Begitupun, terdapat kekangan dari segi jumlah bilangan lot yang boleh dipohon untuk seorang individu. Ada hadnya bagi jumlah lot yang boleh dipohon. Mungkin seorang individu hanya dibenarkan memohon maksimum 20 lot atau sebagainya.
Jika permohonan melebihi tawaran, sistem pemilihan rawak dilakukan (cabutan undi) untuk menentukan siapa yang berjaya mendapat saham IPO. Bab ni leceh sebab kebanyakkan yang oversubscribed ni adalah syarikat yang betul-betul kukuh dan pelabur sangat yakin akan menghasilkan keuntungan.

Berdasarkan pengalaman orang lama, syarikat yang terlibat dalam industri tekstil, makanan, hartanah jarang mendapat sambutan dan biasanya permintaan untuk syarikat ini akan terkurang langgan (Undersubsribed). Bila terkurang langgan, harga saham biasanya akan jatuh daripada harga tawaran semasa hari pertama ia disenaraikan. Manakala saham syarikat yang terlibat di dalam syarikat minyak, teknologi, glove, pembinaan biasanya akan mendapat sambutan daripada pelabur menyebabkan harga saham akan naik pada hari pembukaan.
IPO juga berisiko sama seperti saham-saham yang sudah tersenarai cumanya selalunya IPO ini mempunyai value yang mampu memberikan keuntungan. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi IPO sesebuah saham, seperti keadaan pasaran semasa, keadaan ekonomi domestik dan global, nilai sesebuah syarikat tersebut dan bermacam-macam lagi yang kesemuanya membawa peranan penting dalam hala tuju harga pembukaan penyenaraiannya.
Strategi mudah bagi mendapatkan keuntungan dengan saham IPO adalah dengan menjualnya pada hari pembukaan. Asas kenapa perlu menjualnya pada hari pembukaan adalah untuk meminimakan kerugian atau mengambil untung secara pantas. Contoh jika kamu berjaya mendapatkan 50 lot saham dengan harga seunit RM0.20, kamu perlu membayar RM1000. Pada hari pembukaan, saham ini telah meningkat kepada RM0.30. Jika kamu menjualnya terus, kamu sudah berjaya mendapat keuntungan sebanyak RM500! Dengan kata mudah, lebih baik untung sebanyak satu sen daripada terus rugi bukan?
Untuk terus memegang terlalu lama saham sesebuah syarikat bukanlah idea bagus bagi orang yang inginkan keuntungan jangka pendek. Ada juga pelabur bijak yang tahu menilai asas sebuah syarikat tersebut maka beliau memegangnya mungkin berbulan-bulan atau lebih lama walaupun saham itu terus jatuh. Pendapat aku, aku lebih sukakan strategi langgar dan lari. Mohon IPO, dapat, dan terus jual. Dalam keadaan pasaran saham yang tidak menentu, adalah sukar untuk membaca perkembangan saham. 

19 April 2012

SAHAM IPO

MARI BUAT DUIT DENGAN SAHAM IPO (SAHAM TERBITAN AWAL)..

KEUNTUNGAN 1:1
RAMAI DARI KITA TIDAK TAHU YANG QUOTA BUMIPUTRA UNTUK IPO ADALAH SEBANYAK 30%, SELEBIHNYA KAUM LAIN..
TAPI RAMAI YANG TAKNAK REBUT PELUANG..

Cth: Harga buka RM1 seunit..duit ada RM1000, anda dah ada 1000 unit. Bila saham dibuka dipasaran. Harga buka adalah RM2.50 seunit. Ini contoh, Anda sudah ada RM2500.

Kebiasaan saham-saham IPO ini amat terhad dan siapa cepat dia yang dapat.

18 April 2012

TUA & MUDA vs MATANG & MENTAH

Biasanya orang tua dikatakan matang. Orang muda pula dikatakan mentah. Kadang2 ada juga orang tua tak matang dan orang muda tak mentah.

Tua tak semestinya matang. Muda tak semestinya mentah.

17 April 2012

BUAYA

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Buaya yang tenang jangan disangka tidak makan orang. Setenang buaya ada masanya dia mengamuk. Huruhara la jadinya...

Manusia pun begitu juga. Tenang dan sabar menghadapi karenah. Bila dah hilang sabar, meletup macam bom atom Hiroshima.