Pada 14 dan 15 Oktober lepas, SKB telah mengadakan sukaneka dan sukan tahunan kali ke 36. Jadi cameraman terpaksa berkorban tak dapat gambar sendiri. Ini gambar nasib baik ada orang tolong ambilkan, sempat juga saya posing...
Sebulan berpuasa telah berakhir. Namun, bagi mereka yang kasih dan sayang kepada Ramadhan akan sambung puasa 6 di bulan Syawal. Itu antara tanda2 puasa kita diterima olehNya...
Bolehkah kucing dan tikus berkawan baik? Sukar dijawab persoalan ini. Cuba tengok dan perhati gambar2 di atas. Adakah kucing itu berkawan dengan si anak tikus atau pun bila2 masa ingin menerkam dan menelan hidup2?
Sebenarnya kucing ini menemui anak tikus dan dibuat mainan. Bila anak tikus bergerak, dikejar dan ditangkapnya. Bila anak tikus tak bergerak, ditolak2 anak tikus supaya bergerak. Lepas tu, ditangkapnya balik. Kucing ni suka bermain2..
Lebih kurang 10 hari lagi umat Islam seluruh dunia akan menempuh Rukun Islam ketiga iaitu PUASA. Bulan pengampunan penuh keberkatan dan rahmat ditunggu serta dinanti oleh setiap mukmin. Ada juga yang takut menghadapi puasa, gastrik dijadikan alasan. Bikin panas ini barang...
Rejab bulan membersih jasad Syaban bulan membersih hati Ramadhan bulan membersih ruh
Bersama kita menjayakan penghayatan ketiga-tiga bulan ini..
Kedatangan pasukan Manchester United ke Malaysia amat dinanti dan ditunggu oleh peminat fanatik dan tidak fanatik. Bukan peminat MU pun tumpang sekaki melihat aksi perlawanan persahabatan ini. Tiket habis dijual walaupun harga RM300. Bila dah minat tak kira berapa harga, asal dapat tengok aksi MU di Malaysia. Amri boleh dikatakan sebagai wira Malaysia apabila menjaringkan 2 gol. Naik nama Amri kali ni, tentu Selangor tak mau jual...
Kesempatan ke majlis kenduri perkahwinan Fuzan saya ambil menemui sahabat di Pahang. Dari Temerloh ke Pekan bukan jarak yang dekat, namun dapat juga saya ejas menemui Khairul dan Azizul... Khairul aktif bawa budak seluruh Malaysia acara silat, Azizul ligat bisnes bermacam produk hinggakan masuk akhbar dan majalah wajahnya yg hensem hehehe.
TAHNIAH ZAN! Penantian 33 tahun berakhir dengan penuh meriah dan gilang gemilang. Sama cantik sama padan, segak bergaya pengantin lelaki. Lambat takpa asal selamat dan bahagia berkekalan. Dulu masa bujang orang duk tanya bila nak kahwin, sekarang dah kahwin orang akan tanya bila nak dapat baby, lepas tu orang akan tanya lagi bila nak dapat adik baby. Jangan dilayan sangat soalan2 begini, masanya akan tiba jika ada rezeki. Lambat @ cepat itu hak Dia. Kita terima dengan penuh redha.