SILA KLIK

04 January 2010

REUNION PERSAPA



Pada 17 Disember lepas kami sempat mengadakan perjumpaan bertempat di Pintu Geng Kota Bharu. Alhamdulillah walaupun hujan mencurah ramai dapat menghadirkan diri. Bila dah jumpa, 4 jam tak cukup mau lagi ditambah ke 1 hari 1 malam. Insya Allah bisa diatur ini barang.

19 October 2009

SUKAN TAHUNAN 2009


Pada 14 dan 15 Oktober lepas, SKB telah mengadakan sukaneka dan sukan tahunan kali ke 36. Jadi cameraman terpaksa berkorban tak dapat gambar sendiri. Ini gambar nasib baik ada orang tolong ambilkan, sempat juga saya posing...

27 September 2009

AIDILFITRI 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN

Sebulan berpuasa telah berakhir. Namun, bagi mereka yang kasih dan sayang kepada Ramadhan akan sambung puasa 6 di bulan Syawal. Itu antara tanda2 puasa kita diterima olehNya...

20 August 2009

CAT N RAT





Bolehkah kucing dan tikus berkawan baik? Sukar dijawab persoalan ini. Cuba tengok dan perhati gambar2 di atas. Adakah kucing itu berkawan dengan si anak tikus atau pun bila2 masa ingin menerkam dan menelan hidup2?
Sebenarnya kucing ini menemui anak tikus dan dibuat mainan. Bila anak tikus bergerak, dikejar dan ditangkapnya. Bila anak tikus tak bergerak, ditolak2 anak tikus supaya bergerak. Lepas tu, ditangkapnya balik. Kucing ni suka bermain2..

10 August 2009

REJAB SYABAN RAMADHAN

Lebih kurang 10 hari lagi umat Islam seluruh dunia akan menempuh Rukun Islam ketiga iaitu PUASA. Bulan pengampunan penuh keberkatan dan rahmat ditunggu serta dinanti oleh setiap mukmin. Ada juga yang takut menghadapi puasa, gastrik dijadikan alasan. Bikin panas ini barang...

Rejab bulan membersih jasad
Syaban bulan membersih hati
Ramadhan bulan membersih ruh

Bersama kita menjayakan penghayatan ketiga-tiga bulan ini..

19 July 2009

MAN UTD VS M'SIA

Kedatangan pasukan Manchester United ke Malaysia amat dinanti dan ditunggu oleh peminat fanatik dan tidak fanatik. Bukan peminat MU pun tumpang sekaki melihat aksi perlawanan persahabatan ini. Tiket habis dijual walaupun harga RM300. Bila dah minat tak kira berapa harga, asal dapat tengok aksi MU di Malaysia.
Amri boleh dikatakan sebagai wira Malaysia apabila menjaringkan 2 gol. Naik nama Amri kali ni, tentu Selangor tak mau jual...

16 June 2009

TORNADO ATTACK


Saya terima emel bergambar mengenai satu kejadian puting beliung telah berlaku di Klebang Melaka.

13 June 2009

JUMPA JUGA



Kesempatan ke majlis kenduri perkahwinan Fuzan saya ambil menemui sahabat di Pahang. Dari Temerloh ke Pekan bukan jarak yang dekat, namun dapat juga saya ejas menemui Khairul dan Azizul...
Khairul aktif bawa budak seluruh Malaysia acara silat, Azizul ligat bisnes bermacam produk hinggakan masuk akhbar dan majalah wajahnya yg hensem hehehe.