Pengalaman seorang usahawan kanopi :
Senang cakap, bila dah buat baru tahu. MODAL SEBETUNYA YANG SAYA SURVEY IALAH RM4K-RM5K SATU SET KANOPI LENGKAP MEJA+KERUSI .
saya baru menceburkan diri dlm bidang sewaan kanopi ni. Modal permulaan RM17ribu (8khemah,50meja,230k.plastik,40k.banquet). mcmana dpt dgn harga ni? beli barang second hand. tapi masih elok. baru start biz sepanuhnya pada Jun 2011. baru lagi kan. dan income satakat 3 bulan ni RM8ribu je.
Risiko?halangan?cabaran? mmg ada.
bisness keluarga(modal share each other)-topup2
dugaan pertama dan besar ialah bab lori. syarikat baru, kerja mkn gaji, nak buat loan lori susah sgt nak prove. akhirnya terbeli juga lori 3 tan . BELI LORI 3 TAN TAU JGN 1 TAN MMG TAK MUAT AND FOR LONG TIME. JANGAN SEWA, SUSAH NANTI...RM1100/BLN
beli kain,potong kain,tempah jahit(skirting,sarung kerusi dll) kena pikir. KAIN JERSI-RM2.70/MTR TEMPAH JAHIT K.PLASTIK (RM2.50/SATU) SKIRTING (RM2/KAKI), ni semua kena survey.
SEWA KEDAI BUAT STOR-tp buat masa ni mak yang bayar kedai tu, sbb mak yang beli. tapi kami yang meniaga. jd ada duit lebih, tlg topup jer pada mak.
bab bagi upah? kami buat masa ni buat kerja tak pikir upah,sebab kami yang buat semuanya. tak pakai org luar buat masa ni. tapi still kira dlm akaun. kemudian baru bayar...
saya cikgu-pikir bab marketing,pikir bab kain(tempah,beli,potong dll)-biz part time jgk.
suami dan abg-org tetap utk pasang buka kanopi time ada job. kerja sepenuh masa mrk makan gaji. biz ni kira part time.
kira org kuat dan kerja sepenuhnya utk kanopi ni saya dan suami. semua masalah kami yang settle.
kalau awak nak join biz ni ngan kwn, buat perancangan betul2 terutama bab duit. rolling modal. buat kira2 dgn betul.
senang citer, tanyalah saya lebih lanjut, sebab saya akan terang sejujurnya dan ceritakan pengalaman sebenar saya mulakan biz ni...biz ni mmg best.
No comments:
Post a Comment