SILA KLIK

08 April 2012

CARA PILIH SAHABAT

1. Jika berbuat baik kepadanya, dia akan melindungimu.
2. Jika rapatkan persahabatan dengannya, dia membalas baik persahabatanmu.
3. Jika memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, dia akan membantumu.
4. Jika dia melihat sesuatu tidak baik daripadamu, dia akan menutupnya.
5. Jika engkau meminta sesuatu bantuan, dia akan mengusahakannya.
6. Jika engkau berdiam diri ( kerana malu hendak meminta ), dia menanyakan kesusahanmu.
7. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerima dengan baik.
8. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan daripadamu, dia menghargai.
9. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkanmu.
10. Jika engkau merancangkan sesuatu, dia akan membantumu.
11. Jika engkau berselisih faham, nescaya dia akan lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Falsafah dalam politik :
Tidak ada kawan yang kekal dan tidak ada musuh yang abadi. Hari ini menjadi kawan, esok menjadi lawan dan sebaliknya.

No comments: