SILA KLIK

16 April 2012

SAHAM

BIL MATLAMAT PELABURAN KETERANGAN
1
Memahami Konsep & Proses Pelaburan Saham di Bursa Malaysia
Antara perkara asas yang perlu anda tahu adalah memahami konsep dan proses pelaburan saham di Bursa Malaysia. Jika anda sudah mengenal jenis - jenis pelaburan yang diiktiraf anda akan dapat mengelakkan diri dari ditipu oleh skim - skim pelaburan cepat kaya. Proses beli dan jual, cara pembukaan akaun CDS, jenis - jenis saham, melihat pergerakkan saham di laman web dan cara membaca maklumat saham di surat khabar adalah perkara pokok untuk menjadi seorang pelabur Bursa Malaysia yang berjaya
2
Bagaimana Menjana Keuntungan Dari Kenaikan Harga Saham Dan DIviden?
Matlamat anda melabur adalah untung! Untung terbahagi kepada 2 bahagian yang anda akan dapat iaitu untung dari kenaikan harga saham. Disamping itu setiap saham syarikat yang menjana keuntungan akan memberi anda pulangan pelaburan dalam bentuk dividen.
3
Memahami Faktor Emosi Dalam Pelaburan
Faktor emosi si durjana di dalam badan adalah perkara pokok yang anda perlu tahu cara mengawalnya! Ini kerana berdasarkan kajian 90% keputusan pelaburan yang dibuat semasa tenang biasanya akan pulang dengan keuntungan. Kerana faktor persepsi dan emosi jugalah yang akan membuatkan pasaran turun naik sampai bila - bila.
4
Mempelajari Sistem Berkesan Dalam Pelaburan
Untuk untung dalam pelaburan, pelabur perlu mengetahui bila masa membeli dan tahu bila masa menjual saham. Pelbagai sistem dan teknik ada di luar sana. Oleh itu carilah teknik yang sesuai dengan cara pelaburan anda. Walaupun begitu antara rahsia yang bukan rahsia bagi kejayaan pelabur adalah teknik mengenalpasti arah trend pasaran. Cuba kenalpasti trend menaik, turun atau mendatar sesuatu saham yang anda ingin beli.
5
Menjadikan Pelaburan Saham di Bursa Malaysia Adalah Tempat Yang Selamat
Memastikan pelaburan saham di Bursa Malaysia adalah selamat merupakan matlamat pelabur baru. Kerajaan Malaysia sentiasa memastikan pasaran modal kita seperti Bursa Malaysia adalah selamat dan berdaya saing. Ini bererti modal anda selamat dari ditipu, cuma modal pelaburan anda terdedah kepada risiko untung rugi pelaburan.

13 April 2012

TERAPI PERCUMA



Fenomena terkini di Pasir Mas. Lokasi depan masjid Kasa. Ramai mengalami perubahan positif. Ramai juga yang membeli. Org Pasir Mas banyak duit. Ada juga bila dah beli tak berapa nak guna sebab lebih suka ke sini. Katanya ramai kawan.

08 April 2012

CARA PILIH SAHABAT

1. Jika berbuat baik kepadanya, dia akan melindungimu.
2. Jika rapatkan persahabatan dengannya, dia membalas baik persahabatanmu.
3. Jika memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, dia akan membantumu.
4. Jika dia melihat sesuatu tidak baik daripadamu, dia akan menutupnya.
5. Jika engkau meminta sesuatu bantuan, dia akan mengusahakannya.
6. Jika engkau berdiam diri ( kerana malu hendak meminta ), dia menanyakan kesusahanmu.
7. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerima dengan baik.
8. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan daripadamu, dia menghargai.
9. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkanmu.
10. Jika engkau merancangkan sesuatu, dia akan membantumu.
11. Jika engkau berselisih faham, nescaya dia akan lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Falsafah dalam politik :
Tidak ada kawan yang kekal dan tidak ada musuh yang abadi. Hari ini menjadi kawan, esok menjadi lawan dan sebaliknya.

06 April 2012

PROGRAM GURU PENYAYANG

Ambil berkat Hjh DRose.

04 April 2012

MESIN TERAPI ELEKTROSTATIK

  1. Dr. Jism, Family Dr – Al-Jabbar Group
  2. Dr. Health 9000 – GoldenWellness
  3. Bios 9000 – Alpha One
  4. Pro Nature - Cosmic Nature Healthcare

Harga?? Bios9000 RM18k. Pure hand made in Japan.

31 March 2012

ELAIMEN




kedai di jln pekeliling. elaimen depan rm15. elaimen depan belakang rm25. murahhhh..

30 March 2012

3003

Kematian adalah menurut alamat yang telah diatur terlebih dahulu. Walaupun ke mana kita melarikan diri, kalau alamat tepat kepada diri kita, tidaklah dapat dielakkan. Tetapi kalau alamat bukan kepada kita, walaupun bom jatuh dekat kita, belumlah kita akan mati.

22 March 2012

HELI WEDDING

Tahniah Mohd Alias Mohamed Pauzy. Dapat adik ipar. Betul2 bersejarah majlis perkahwinan naik helikopter. very good idea. blh tiru ni...