Tawakal... bunyi mcm mudah. kita tawakal sejengkal je. Org dulu2 punya hebat tawakal x terlintas kita punya akal.
Kisah nabi Jarjis ditahan dalam sebuah rumah kepunyaan seorang tua oleh Malik Dardianah tanpa memberi makan dan minum. Oleh kerana tawakal dan bertakwa kpd Allah semata2, maka sebuah katil yang diperbuat drpd kayu yg ada dlm rumah tersebut sanggup menghijau dan berbuah.
Sabda nabi s.a.w :
Jika kamu bertawakal kpd Allah sebenar2 tawakal, nescaya Allah memberi rezeki kpd kamu seperti mana Dia memberi rezeki kpd burung semasa pergi di waktu pagi dalam keadaan lapar dan apabila balik di waktu petang sudah kenyang.
SILA KLIK
26 April 2012
25 April 2012
CDS
Central Depository System (CDS) merupakan akaun elektronik yang dikawal selia oleh Malaysian Central Depository (MCD) atau kini lebih dikenali sebagai Bursa Depository. CDS ini bertindak sebagai wakil kepada pemilik saham yang dimiliki yang sedang di dagangkan di Bursa Malaysia. Akaun ini diperlukan bagi segala urusan transaksi jual beli saham serta rekod pergerakan saham.
Secara ringkasnya, saham yang kamu beli
atau langgan akan dikreditkan ke akaun kamu pada tarikh akhir transaksi,
dan akan didebitkan ke akaun apabila kamu menjual saham tersebut.
Untuk membuka akaun CDS, kamu perlu
pergi ke syarikat broker saham yang berdaftar dengan Bursa
Malaysia. Mereka ini juga disebut atau dikenali sebagai Authorized Depository Agent (ADA). Senarai syarikat broker berdaftar yang diiktiraf oleh Bursa Malaysia boleh kamu perolehi disini – Senarai Broker.
Terdapat dua akaun yang disediakan untuk
membuka akaun CDS iaitu sama ada secara individu ataupun syarikat. Jika
kamu seorang pelabur individu,kamu boleh pergi ke sebuah ADA pilihan
dan;
- Melengkapkan borang Pembukaan Akaun dan dua (2) Contoh Tanda Tangan Kad.
- Untuk Warganegara Malaysia, dokumen di atas perlu diserahkan bersama dengan dua (2) salinan Kad Pengenalan yang disahkan.
- Manakala untuk warga asing, perlu membayar kos Pembukaan Akaun dan menyerahkan dua (2) salinan pasport yang disahkan.
- Melengkapkan borang Pembukaan Akaun dan dua (2) Contoh Tanda Tangan Kad.
- Menyerahkan dokumen di atas perlu diserahkan bersama dengan dua (2) salinan semua supporting document yang diperlukan (contohnya Certificate of Incorporation, Resolusi Majlis, dll) bersama-sama dengan kos Pembukaan Akaun.
Selepas semua dokumen terbabit
diserahkan dan disahkan, syarikat broker saham akan membuka akaun CDS
dan memberikan nombor akaun CDS kamu. Kos untuk membuka akaun CDS RM10. Jika kamu dibantu oleh remisier, pastikan kamu mengambil no telefon remiser terbabit untuk rujukan di masa akan datang.
Kaedah Memohon IPO secara Online Banking
Gambar di bawah ini diambil dari laman
web Bursa Malaysia. Sebagaimana dinyatakan dalam gambar, ada 2 cara
untuk memohon IPO. Kaedah #1 adalah dengan memohon menggunakan borang
pendaftaran melalui syarikat broker, dan kaedah #2 adalah menggunakan
melalui ATM. Untuk perbankan online, hal ini sama seperti mana memohon
secara ATM.
- Login akaun melalui www.cimbclicks.com.my
- Pada menu utama, klik pada eIPO dibawah menu Manage My Wealth
- Pada menu kiri, klik pada Apply Now
- Senarai IPO ditawarkan akan ditunjukkan. Tanda pada IPO yang diingini dan klik pada butang Apply.
- Baca dokumen DECLARATION. Jika aku bersetuju dengannya, tanda I have read the…. dan klik butang Agree & Submit.
- Laman permohonan akan dipaparkan. Masukkan segala maklumat yang diperlukan seperti nombor akaun CDS dan jumlah lot saham yang kamu inginkan dan tekan butang Submit. 1 lot = 100 unit.
- Laman Pengesahan akan dipaparkan. Semak segala butiran yang dipaparkan dan tekan butang Submit untuk melengkapkan permohonan.
- Login akaun melalui www.maybank2u.com.my
- Pada header menu, klik pada Investment atau menu Investment di laman utama.
- Pada laman All Invesment, klik pada eShare.
- Senarai IPO ditawarkan akan ditunjukkan. Tanda pada IPO yang diingini dan klik pada butang Apply.
- Laman permohonan akan dipaparkan. Masukkan segala maklumat yang diperlukan seperti nombor akaun CDS dan jumlah lot saham yang kamu inginkan dan tekan butang Submit. 1 lot = 100 unit.
- Laman Pengesahan akan dipaparkan. Semak segala butiran yang dipaparkan dan tekan butang Submit untuk melengkapkan permohonan.
Subscribe to:
Posts (Atom)