SILA KLIK

25 April 2012

SAHAM IPO 2

IPO (Initial Public Offering) adalah saham penyenaraian awal yang ditawarkan oleh syarikat yang akan disenaraikan di Bursa Malaysia. Ia biasannya ditawarkan oleh sebuah syarikat yang kecil serta baru yang memerlukan dana tambahan untuk mengembangkan operasi perniagaan. IPO selalunya ditawarkan kepada beberapa golongan, antaranya pelabur institusi (badan-badan pelaburan), pelabur runcit (masyarakat umum), dan pekerja syarikat yang akan disenaraikan sendiri. Bukanlah mereka tidak boleh meminjam wang dari bank tetapi dengan syarat ketat, kadar faedah dan risiko tinggi membuatkan syarikat memilih jalan untuk menjana dana melalui penyenaraian saham.
Sesebuah syarikat yang ingin menyenaraikan saham syarikatnya untuk dijual di pasaran terbuka - Bursa Malaysia (BSKL) perlu mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti (SC) iaitu memenuhi semua syarat yang ditetapkan. SC adalah pihak yang akan menilai samada perniagaan syarikat yang memohon penyenaraian mempunyai prospek perniagaan yang baik ataupun tidak. Manakala BSKL akan mengawasi perjalanan syarikat selepas penyenaraian sama ada syarikat senaraian awam mematuhi peraturan yang ditetapkan. Apabila syarikat telah mendapat kelulusan untuk penyenaraiannya, mereka akan mengiklankan saham-saham mereka untuk dijual diakhbar-akhbar utama. Saham-saham inilah yang dipanggil saham-saham IPO.
Saham-saham tidak dijual satu-satu seperti kamu membeli barangan tetapi dijual secara pukal dipanggil lot. Dalam 1 lot mengandungi 100 unit saham. Jika tawaran satu unit saham adalah RM1, maka 1 lot berharga RM100. Begitupun, terdapat kekangan dari segi jumlah bilangan lot yang boleh dipohon untuk seorang individu. Ada hadnya bagi jumlah lot yang boleh dipohon. Mungkin seorang individu hanya dibenarkan memohon maksimum 20 lot atau sebagainya.
Jika permohonan melebihi tawaran, sistem pemilihan rawak dilakukan (cabutan undi) untuk menentukan siapa yang berjaya mendapat saham IPO. Bab ni leceh sebab kebanyakkan yang oversubscribed ni adalah syarikat yang betul-betul kukuh dan pelabur sangat yakin akan menghasilkan keuntungan.

Berdasarkan pengalaman orang lama, syarikat yang terlibat dalam industri tekstil, makanan, hartanah jarang mendapat sambutan dan biasanya permintaan untuk syarikat ini akan terkurang langgan (Undersubsribed). Bila terkurang langgan, harga saham biasanya akan jatuh daripada harga tawaran semasa hari pertama ia disenaraikan. Manakala saham syarikat yang terlibat di dalam syarikat minyak, teknologi, glove, pembinaan biasanya akan mendapat sambutan daripada pelabur menyebabkan harga saham akan naik pada hari pembukaan.
IPO juga berisiko sama seperti saham-saham yang sudah tersenarai cumanya selalunya IPO ini mempunyai value yang mampu memberikan keuntungan. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi IPO sesebuah saham, seperti keadaan pasaran semasa, keadaan ekonomi domestik dan global, nilai sesebuah syarikat tersebut dan bermacam-macam lagi yang kesemuanya membawa peranan penting dalam hala tuju harga pembukaan penyenaraiannya.
Strategi mudah bagi mendapatkan keuntungan dengan saham IPO adalah dengan menjualnya pada hari pembukaan. Asas kenapa perlu menjualnya pada hari pembukaan adalah untuk meminimakan kerugian atau mengambil untung secara pantas. Contoh jika kamu berjaya mendapatkan 50 lot saham dengan harga seunit RM0.20, kamu perlu membayar RM1000. Pada hari pembukaan, saham ini telah meningkat kepada RM0.30. Jika kamu menjualnya terus, kamu sudah berjaya mendapat keuntungan sebanyak RM500! Dengan kata mudah, lebih baik untung sebanyak satu sen daripada terus rugi bukan?
Untuk terus memegang terlalu lama saham sesebuah syarikat bukanlah idea bagus bagi orang yang inginkan keuntungan jangka pendek. Ada juga pelabur bijak yang tahu menilai asas sebuah syarikat tersebut maka beliau memegangnya mungkin berbulan-bulan atau lebih lama walaupun saham itu terus jatuh. Pendapat aku, aku lebih sukakan strategi langgar dan lari. Mohon IPO, dapat, dan terus jual. Dalam keadaan pasaran saham yang tidak menentu, adalah sukar untuk membaca perkembangan saham. 

No comments: