BIL | MATLAMAT PELABURAN | KETERANGAN |
---|---|---|
1 | Memahami Konsep & Proses Pelaburan Saham di Bursa Malaysia | Antara perkara asas yang perlu anda tahu adalah memahami konsep dan proses pelaburan saham di Bursa Malaysia. Jika anda sudah mengenal jenis - jenis pelaburan yang diiktiraf anda akan dapat mengelakkan diri dari ditipu oleh skim - skim pelaburan cepat kaya. Proses beli dan jual, cara pembukaan akaun CDS, jenis - jenis saham, melihat pergerakkan saham di laman web dan cara membaca maklumat saham di surat khabar adalah perkara pokok untuk menjadi seorang pelabur Bursa Malaysia yang berjaya |
2 | Bagaimana Menjana Keuntungan Dari Kenaikan Harga Saham Dan DIviden? | Matlamat anda melabur adalah untung! Untung terbahagi kepada 2 bahagian yang anda akan dapat iaitu untung dari kenaikan harga saham. Disamping itu setiap saham syarikat yang menjana keuntungan akan memberi anda pulangan pelaburan dalam bentuk dividen. |
3 | Memahami Faktor Emosi Dalam Pelaburan | Faktor emosi si durjana di dalam badan adalah perkara pokok yang anda perlu tahu cara mengawalnya! Ini kerana berdasarkan kajian 90% keputusan pelaburan yang dibuat semasa tenang biasanya akan pulang dengan keuntungan. Kerana faktor persepsi dan emosi jugalah yang akan membuatkan pasaran turun naik sampai bila - bila. |
4 | Mempelajari Sistem Berkesan Dalam Pelaburan | Untuk untung dalam pelaburan, pelabur perlu mengetahui bila masa membeli dan tahu bila masa menjual saham. Pelbagai sistem dan teknik ada di luar sana. Oleh itu carilah teknik yang sesuai dengan cara pelaburan anda. Walaupun begitu antara rahsia yang bukan rahsia bagi kejayaan pelabur adalah teknik mengenalpasti arah trend pasaran. Cuba kenalpasti trend menaik, turun atau mendatar sesuatu saham yang anda ingin beli. |
5 | Menjadikan Pelaburan Saham di Bursa Malaysia Adalah Tempat Yang Selamat | Memastikan pelaburan saham di Bursa Malaysia adalah selamat merupakan matlamat pelabur baru. Kerajaan Malaysia sentiasa memastikan pasaran modal kita seperti Bursa Malaysia adalah selamat dan berdaya saing. Ini bererti modal anda selamat dari ditipu, cuma modal pelaburan anda terdedah kepada risiko untung rugi pelaburan. |
SILA KLIK
16 April 2012
SAHAM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment